Sunday, 11 December 2011

LARANGAN MELIHAT AURAT WANITA......

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seorang lelaki tidak dibolehkan melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seseorang lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain begitu juga degan wanita"..
Imam Nawawi mengatakan ia merupakan larangan haram hukumnya apabila di antara keduanya tiada pemisah.. Ia menunjukkan larangan penyentuhan aurat antara bahagian tubuh, baik lelaki mahupun wanita.. Hal itu telah menjadi kesepakatan para ulamak.. Banyak orang menganggap ia suatu perkara yang remeh di mana ramai orang yang mandi dalam satu bilik mandi.. Kerana itu, hendaknya setiap orang menjaga pandangan, tangan dan anggota tubuh dari aurat orang lain, serta memelihara auratnya jangan sampai dilihat dan disentuh orang lain.. Dan apabila melihat orang yang mengabaikan hal itu, maka hendaklah mereka menjauhi dan memperingatkannya..
Larangan ini juga merangkumi tidur seorang wanita dengan wanita lain dalam satu tempat tidur tanpa berpakaian sehingga mengakibatkan aurat kedua-duanya tersentuh atau terlihat.. Ia termasuk dalam perbuatan haram dan merupakan langkah awal kepada perkara maksiat...
Batasan aurat yang harus ditutupi oleh wanita Islam bagi wanita Islam yang lain adalah dari pusat hingga ke lutut... Manakala dengan wanita bukan Islam pula sama seperti aurat wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya... 
Tetapi ramai wanita yang menganggap perkara ini remeh atau tidak mengambil tahu langsung... Banyak terjadi seorang wanita Islam dengan tidak malu membuka auratnya dihadapan teman baiknya kerana menganggap mereka bersamaan jantina... Bukan mustahil juga ada dikalangan mereka yang membantu rakannya mencukur bulu kakinya bahkan bulu kemaluannya... Semua itu merupakan perbuatan yang jelas dilarang syariat... Wanita mengangkat darjat wanita di tempat yang tinggi... Bukan sekadar di hadapan lelaki bahkan di kalangan kaum sejenis mereka juga mempunyai adab-adab yang perlu diikuti...
WALLAHU A'LAM......... 

Saturday, 10 December 2011

GERHANA BULAN....

FIRMAN ALLAH DALAM AYAT 38-40 SURAH YASIIN YANG MEMBAWA MAKSUD: DAN LAGI DALIL YANG TERANG UNTUK MEREKA BERFIKIR IALAH MALAM; KAMI HILANGKAN SIANG DARIPADANYA, MAKA DENGAN SERTA MERTA MEREKA BERADA DALAM GELAP GELITA; DAN (SEBAHAGIAN DARI DALIL YANG TERSEBUT IALAH) MATAHARI: IA KELIHATAN BEREDAR KE TEMPAT YANG DITETAPKAN BAGINYA; ITU ADALAH TAKDIR TUHAN YANG MAHA KUASA, LAGI MAHA MENGETAHUI..... DAN PULA KAMI TAKDIRKAN DIA BEREDAR MELALUI BEBERAPA PERINGKAT, SEHINGGA DI AKHIR PEREDARANNYA KELIHATAN KEMBALINYA PULA KE PERINGKAT AWALNYA- (BERBENTUK MELENGKUNG) SEPERTI TANDAN YANG KERING. (DENGAN KETENTUAN YANG DEMIKIAN), MATAHARI TIDAK MUDAH BAGINYA MENGEJAR BULAN, DAN MALAM PULA TIDAK DAPAT MENDAHULUI SIANG, KERANA TIAP-TIAP SATUNYA BEREDAR TERAPUNG-APUNG DI TEMPAT EDARANNYA MASING-MASING....

Thursday, 8 December 2011

KELEBIHAN BULAN MUHARRAM

"ALLAH SWT berfirman (maksudnya), Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana keteteapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada 4 bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu." (SURAH AT-TAUBAH, 9:36)

NABI MUHAMMAD SAW bersabda, "Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya 4 bulan haram. 3 bulan berturut-turut, iaitu ZULKAEDAH, ZULHIJJAH, MUHARRAM, dan satu lagi ialah bulan REJAB yang terletak di antara JAMADILAKHIR dan SYAABAN." ( HADIS RIWAYAT AL- BUKHARI)
MUHARRAM ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. NABI MUHAMMAD SAW menyatakan MUHARRAM ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah puasa di bulan RAMADHAN ialah puasa dalam bulan MUHARRAM.
Kata NABI MUHAMMAD SAW, "Puasa yang paling afdal setelah puasa RAMADHAN ialah puasa di bulan ALLAH, al-MUHARRAM. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardhukan adalah solat pada malam hari." (HADIS RIWAYAT MUSLIM)
 
 
 

Wednesday, 7 December 2011

SEDARKAH KITA

DUNIA INI UMPAMA LAUTAN LUAS..... KITA ADALAH KAPAL YANG BERLAYAR DI LAUTAN DAN TELAH BANYAK YANG KARAM..... ANDAI KATA MUATAN KITA ADALAH IMAN, DAN LAYARNYA TAQWA, NESCAYA KITA AKAN SELAMAT DARI TERSESAT DI LAUTAN HIDUP INI.....

BINNABIL HUDA

SELAWAT KEATAS NABI MERUPAKAN SESUATU YANG PENTING BAGI MENDAPATKAN SYAFAAT DARI RASULULLAH SAW DI AKHIRAT KELAK.... TETAPI UMAT AKHIR ZAMAN KINI SUDAH LEKA TERHADAP PERKARA SEBEGINI..... DENGAN MENDEGAR LAGU INI KITA DAPAT MENGATASI MASALAH TERSEBUT..... DALAM LAGU INI TELAH DIMASUKKAN DENGAN ELEMEN SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW.....

KEPASTIAN

VIDEO INI DAPAT DI KAITKAN DENGAN KEHIDUPAN KITA SEBAGAI MANUSIA..........

Tuesday, 6 December 2011

KATA IBNU KHALDUN.....

"DUNIA INI DIBAHAGIKAN KEPADA ORANG YANG MEMPUNYAI KECERDASAN TETAPI TIADA AGAMA,,, MEMPUNYAI AGAMA TETAPI TIADA KECERDASAN,,, MEMPUNYAI AGAMA DAN KECERDASAN,,, DAN TIDAK MEMPUNYAI APA-APA.....

SEKADAR RENUNGAN